Friday 11 February 2011

Salam dan Assalamualaikum

Assalamualaikum pembaca sekalian...

Hari ini ana nak share tentang ucapan SALAM.

Maka berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)." kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS, 43:89)

As-salam bermaksud keamanan... lebih baik gunakan ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH.
Ilmu untuk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk rakan-rakan muslim yang lain...

Dalam satu sesi radio IKIM.FM (100.2), Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulullah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah cara memberi salam...
Menurut Ustaz Zawawi Yusof, baginda SAW memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap, iaitu "Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh"

Lagi satu, perlu diingatkan juga, semasa menjawab salam, ana dengar ramai yang menjawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawapan salam yang betul ialah "Waalaikumussalam" dan bukannya seperti yang selalu ana dengar iaitu, "Waalaikumsalam."

Apabila kita ingin berkirim salam kepada orang lain, hendaklah kita berkata, "Kirim salam, Assalamualaikum pada Alia ye" contohnya,, dan bukannya "Kirim salam kat Alia yer"...
dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti "Ko tolong kirim salam maut kat Alia yer..."

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tetapi ia adalah menyalahi syariaat dan berdosa walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "Akum" melalui sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita gantikan dengan perkataan "As-salam" yang membawa maksud sama dengan "Assalamualaikum".

Sama-samalah kita memberitahu kepada rakan-rakan yang selalu guna shortform "Akum" dalam sms atau e-mel... Perkataan "AKUM" adalah gelaran untuk orang-0rang Yahudi dan untuk orang-orang bukan Yahudi yang bermaksud "BINATANG" dalam bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan "Avde Kokhavim U Mazzalot" yang bermaksud "HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT"

Jadi, mulai sekarang, jika ada orang hantar sortform "Akum", kita ingatkan dia supaya gunakan "As-salam" kerana salam ialah dari perkataan "Assalamualaikum"

Jangan guna perkataan "Bye" kerana "Bye" adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud "Di bawah naungan Pope." Jangan guna "Akum" kerana "Akum" bermaksud "Binatang" dalam bahasa Ibrani. Jangan guna "Semekom" kerana "Semekom" bermaksud "Celaka kamu." Gunakan perkataan "Salam" sebagai singkatan bagi "Assalamualaikum"

Sekian, semoga ada manfaatnya... WALLAHU'ALAM

Thursday 10 February 2011

exam dah dekat

study mollekkss er

innallaha ma'ana

ya al-imtihaan

Assalamualaikum pembuka bicara...,, ana baru bergiat dalam penulisan blog ni. Firstly, ana nk ucapkan Ahlan Wasahlan kepada sesiapa yang berkunjung ke blog ana... alhamdulillah, al-imtihan yang ana hadapi pada tanggal 23/1-27/1 membuahkan hasil yang memberangsangkan... walaupun tak dapat straight a pun, ana tetap bersyukur dengan hasil yang Allah anugerahkan kepada ana... ana akan berusaha dengan lebih giat lagi untuk imtihan yang akan datang... insyaalah